Terima Kasih Buat Jejaka Stylo Hidayat Fazrin.

4:36:00 PM

   1st thing 1st, aku rasa gembira sangat sebab Abg Yen sudi nak review blog aku. Aku ni masih baru lagi dalam dunia blogging dan aku sangat hargai bila ada yang sudi bagi pandangan untuk aku terus improve. Semalam aku join segmen no. 5 Abg Yen dan blog ni terpilih untuk di-review + promosi dari Abg Yen. Nak tengok review untuk blog aku ni, boleh click sini.

   Untuk segmen tu aku buat keputusan untuk buat animasi simple-simple sebagai taktik untuk impress Abg Yen. Aku tak lah reti sangat, tapi sikit-sikit tu boleh la jugak. Tak sangka dia suka lak bila tengok. Hehe. Segan gak bila Abg Yen sebut suh ajar buat animasi camtu. Untuk Abg Yen dan rakan-rakan bloggers lain, kalau berminat nak buat animasi cam aku buat ni boleh click sini, okay?

Photobucket

   Aku memang respect bila Abg Yen buat review blog. Sebabnya cara dia bagi cadangan atau pun kritikan memang best. Bukan setakat review untuk blog aku je, tapi blog-blog lain pun memang best. Agak-agak kalau mengayat perempuan senang cair ni, apatah lagi Abg Yen ni jenis yang stylo kan.. Hehe. Review yang Abg Yen buat tu berulang kali gak aku baca, sebab bukan senang nak mintak orang review blog kita. Tambah-tambah lagi Abg Yen ada puji-puji, lagi suka lah aku nak baca, hehe. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Abg Yen untuk review tersebut. Sekian.

You Might Also Like

4 comments