Salah Guna Facebook Event - Respon Pengguna Facebook.

12:00:00 PM

   Entri ini adalah kesinambungan dari entri aku yang lepas, Salah Guna Facebook Event - Anda Bangga Bila Ramai Yang Klik 'Hadir'?. Jangan lupa baca bahagian pertama dulu, okay?

   Selepas aku publish entri sebelum ni, aku teruskan mencari dan rupa-rupanya tahap 'kemenyampahan' dan 'kesumpahseranahan' pengguna Facebook yang lain mengenai isu Facebook events ni dah pun mencapai tahap moksya*maksud aku, super high level laa*. Selain dari events yang aku dah nyatakan sebelum ni, ada events lain yang lebih dibenci seperti 'Like My Page', 'Vote For Me' dan macam-macam lagi. Ada yang mencaci dan memaki dengan penuh perasaan, ada juga yang buat Facebook Page sarcastic seperti Kami Suka Orang Invite Event Yang Rubbish Macam Ni~~ *boleh like kalau suka* dan tak kurang juga yang menerima events tersebut dengan penuh rasa kesyukuran*huh??*.

   Walau apa pun respon dari pengguna, tiap sorang ada sebab masing-masing. Jom kita tengok antara respon-respon menarik yang pengguna Facebook ni beri kat penganjur 'event' tu:

FACEBOOK EVENT:




JENIS-JENIS RESPONS:

Marah

Ambil Kesempatan

Buat Page Mengutuk

Demand Lebih-lebih 

 Membela

 Mengalu-alukan

 Minta Belas Kasihan

   Macam-macam respon dari pengguna Facebook yang jadi mangsa event-event yang entah apa-apa entah ni kan. Ada gak yang positif, tapi lagi banyak yang negatif laa.. Hehe. Bagi aku, baik atau buruk tentang sesuatu perkara camni sebenarnya agak subjektif. Ada yang boleh terima, ada yang tak. Tapi cara terbaik untuk pastikan apa yang kita buat tu betul atau salah ialah dengan tengok respon majoriti. Oleh kerana memang jelas yang pengguna-pengguna Facebook lain tak suka bila notofication diorang dicabuli events yang merapu meraban camtu, so janganlah diulang lagi perbuatan tersebut.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Yang benar,
(Mark Scumbag)
Pemilik rasmi Laman Facebook

------UPDATE------

JENIS-JENIS RESPONS:

Buat Event Untuk Elak Event???
   Haha, macam-macam lah pengguna Facebook ni, kan? Tapi agak menarik jugak idea dia untuk buat group bagi orang-orang yang suka event sahaja. Kalau ada korang-korang yang suka event-event camtu, boleh lah join group dia ni, settle masalah, tak ada lagi yang nak maki-maki korang. Hehe.. Untuk event ni, klik sini. Untuk group yang dimaksudkan, klik sini. Sekian.

You Might Also Like

8 comments