Penggunaan 'Aku' Dalam Blog - Bukan Semua 'Aku' Adalah Kasar.
1:04:00 AM Percaya atau tak, penggunaan ganti diri 'aku' dalam blog masih lagi isu yang panas. Ada ramai bloggers yang ditegur sebab penggunaan 'aku' dalam penulisan dorang kerana sesetengah readers merasakan penggunaan ganti diri tersebut adalah kasar, kurang ajar dan tidak mesra. Tapi, betul ke camtu? Aku tertarik nak buat entri ni sebab dalam few days ni aku perasan 2,3 blogger dah bertukar dari 'aku' kepada 'saya' selepas ditegur blogger lain. Antaranya termasuklah blog Salwa Ismail.
Kalau kita perhati, penggunaan 'aku' kat blog masih lagi meluas, terutamanya di dalam blog-blog personal. Termasuklah aku juga. Alasannya, bila kita menulis dengan menggunakaan 'aku', lebih mudah untuk dapatkan feel dan atmosphere yang sesuai untuk readers. Ye lah, cuba bandingkan antara Kisah Duka Aku dan Kisah Duka Saya, mana yang korang rasa lebih menarik? Tentulah yang pertama, kan? Jadi, tak semestinya bila kita guna 'aku' tu kasar. Selain tu, cuba tengok:
Adakah penggunaan aku-engkau ketika berdoa adalah biadap? |
Antara kanan dan kiri, sebenarnya yang mana kita lebih kerap lakukan? Aku percaya hampir semua dari kita buat macam
Selain tu, tujuan lain penggunaan 'aku' adalah untuk menunjukkan sikap mesra. Well, kalau korang fikir semula, ganti diri apa korang guna bila bercakap dengan kawan rapat, dan ganti diri apa pula korang guna bila bercakap dengan strangers? Kebanyakan blog peribadi adalah untuk perkongsian kisah hidup dengan kenalan dan juga orang yang interested nak tahu kisah kita, jadi penyampaian tu lebih berkesan dan selesa kalau guna ganti nama yang lebih santai.
TAPI, bukan semua boleh guna 'aku'. Ada masanya bila kita menulis dalam blog menggunakan 'aku' sememangnya dianggap kasar. Korang kena perhati keadaan, adakah sesuai korang guna ganti diri 'aku' atau lebih perlu untuk korang guna 'saya'. Antara perkara yang korang perlu aware:
- TARGET READERS - kalau readers yang hampir sebaya dan mengenali blog korang dengan baik, tak ada masalah. Tapi kalau lebih ramai stranger readers dan orang lebih tua, lebih baik gunakan 'saya'.
- JENIS PENULISAN - tidak menjadi masalah untuk menggunakan 'aku' jika blog anda adalah blog personal, tapi kurang sesuai kalau jenis ilmiah dan sebagainya.
- KARAKTER - kalau korang jenis yang ala-ala kiut cam Yuyu Zulaikha, penggunaan 'aku' sangat tidak sesuai sebab boleh merosakkan atmosphere penulisan korang.
Perkara ni sebenarnya agak subjektif. Bagi mereka yang dah biasa dengan penggunaan 'aku' dengan kawan-kawan dan masyarakat, benda ni sikit pun tak jadi masalah. Tapi bagi mereka yang tak biasa atau pun memang dididik supaya tidak menggunakan ganti diri tu, lain ceritanya.
26 comments