Antivirus Percuma Terbaik - avast! 6.0 (Download Link)

11:43:00 PM

   Aku percaya virus memang masalah utama yang menghantui semua pengguna komputer kat dunia ni, termasuklah bloggers-bloggers kat sini yang 50% hidupnya cuma menghadap internet. Ramai yang tercari-cari software antivirus terbaik nak atasi masalah ni sampaikan sanggup mengeluarkan banyak duit untuk beli antivirus seperti Avira, Norton, Panda, dan banyak lagi. Yang lain lak, gunakan crack version sebab tak nak bayar langsung lebih.

   Setakat ni aku dah cuba hampir semua antivirus, ada yang aku beli, trial dan juga crack. Ops! Yang crack aku tak buat lagi okay. Hehe. Antara yang latest aku try adalah Kaspersky Antivirus. Kalau beli single user punye, RM60 untuk setahun. Mahal tu. Tapi aku beli gak sebab nak try. Percaya tak, baru 3 bulan aku guna, aku terus uninstall software tu tanpa was-was. Sebabnya? Aku jenis yang sangat prihatin tentang komputer aku. Dalam masa 3 bulan ni, aku perasan performace dia drop hampir 50%. Bagi yang dah biasa dengan technical stuffs, korang tentu tahu betapa sakitnya jiwa bila kekasih laptop kesayangan tak beroperasi seperti yang sepatutnya, kan?

   Jadi hari ini aku nak kongsi benda best dengan korang semua iaitu avast! antivirus. avast! ni free je, tapi kalau korang nak lebih protection, boleh upgrade dari free edition tu. Tapi bagi aku yang free ni pun dah terbaik dari ladang. Korang cuma perlu download, kemudian daftar. Tak perlu lagi guna mana-mana crack version lagi, kan?


   Apa yang bagusnya avast! ni? Dia bagus sebab penggunaan memory dan processor sangat-sangat minimum, jadi korang tak perlu risau kalau notebook / netbook korang jadi lembab disebabkan guna antivirus ni. Satu lagi, avast! ni sangat-sangat responsive berbanding antivirus lain, so kecekapan untuk detect virus pun lagi tinggi.

Scanning speed - Lebih tinggi lebih baik

   Setakat ni, dah ada berjuta registered user yang gunakan avast!, cuma dia kurang dikenali kat Malaysia ni atas sebab-sebab tak dapat dijelaskan. Selama 2 tahun aku couple menggunakan avast ni, tak pernah sekali pun aku kena sebarang jenis virus dan speed langsung tak terganggu. Kalau korang jenis yang malas nak tekan delete tiap kali ada virus, boleh je gunakan 'gaming mood' yang mana everything dia buat kat background, korang tak perlu risau apa-apa pun. Mudah kan?

   Aku percaya 80% dari korang semua samada gunakan AVG, Avira, atau pun Kaspersky. Betul tak? Frankly speak, dari pengalaman aku avast! ni lebih baik dari antivirus-antivirus tu. Tapi ni cuma pendapat aku, mungkin ada pro kat luar sana yang tak setuju. Tapi apa salahnya mencuba kan? Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kan? Kalau berminat, click link kat bawah ni, uninstall antivirus lama korang, install, dan relax. Selamat mencuba!


avast! 6.0 untuk Windows


You Might Also Like

0 comments