The Big Picture - Cara Paling Menyeronokkan Membaca Berita.

1:20:00 AM

   Newspapers. Oh My God, aku memang benci dengan benda alah ni. Kertas murah yang terlebih besar dan ada banyak perkataan. Tengok dari jauh je dah meluat, apatah lagi nak baca, kan? Tak semua orang suka baca newspapers. Memanglah lebih ramai spesis-spesis yang minat, sanggup tiap hari keluar RM1.20*betul ke harga ni?* untuk baca latest news dalam benda tu. Tapi dari 28 juta rakyat Malaysia ni, ada juga yang tak rela bila tengok newspapers. Contoh paling nyata, aku.

   Tapi tak kan lah sebab tak suka, korang tak nak ambil tahu hal dunia terus kan. So, arini aku nak introduce kat korang semua satu benda best. Apa dia?


   Apa benda alah The Big Picture ni? Gambar besar kah? So, apa kaitannya ngan berita? Haha, precisely, memang gambar besar! The Big Picture ni adalah satu website tentang berita dunia dimana terdapat berpuluh-puluh gambar mengenai current issue yang korang nak tahu. So, pada yang malas nak membaca, bolehlah tengok tajuk, tengok gambar, dan baca description dia, senang kan? Dah tak ada lagi alasan untuk tak tahu tentang everything yang berlaku kat dunia.

   Website ni memang terbaik sebab gambar-gambar yang disediakan sememangnya dalam high resolution dan mampu membuat korang terkesima dengan sekelip mata. Teruja aku bila tengok gambar-gambar kat sini sebab boleh rasa feel gambar tu. Seriously, sangat menakjubkan! Tak percaya? Tengok sendiri gambar-gambar dari website tu:





   Apa tunggu lagi? Tak cuba tak tahu. Ini adalah salah satu alternatif terbaik bagi korang yang lebih suka baca 'buku komik' berbanding 'novel', hehe. Jom!

You Might Also Like

0 comments