Resepi - Apam Pisang.

5:51:00 PM

   Okay, sakit kepala dah kurang, badan dah tak letih sangat. Jom kita buat something yang bermakna sikit, hehe. APAM PISANG. Mudah, murah, dan sedap. Pada korang yang tak reti sangat buat kuih boleh lah cuba untuk buat ni sebab step dia mudah. Korang mesti pelik tiba-tiba aku buat kuih ni, kan? Sebenarnya aku tolong mak aku je, nak hantar kat rumah orang kenduri. Buat sendiri baru puas hati, kan?

   Firstly, jom tengok apa bahan-bahan dia:

  • 20 biji pisang
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 paket 'potas'
  • 3/4 cawan minyak masak

   Tu je bahan-bahan yang diperlukan. Untuk buat dia lak, mula-mula buang kulit pisang tu, kemudian lenyek-lenyek kan pisang tu tanpa belas kasihan dan penuh perasaan kejam. Kemudian, masukkan gula dan gaul hingga sebati. Pastikan gula tu hancur sampai jadi sekecil-kecil zarah. Masukkan 'potas' lak. Da settle, letak tepung dan gaul lagi sampai penat. Masukkan minyak masak dan gaul sampai korang rasa bosan dah nak tengok apa-apa jenis pisang lagi..

   Da siap adunan tu, masukkan dalam bekas yang korang nak. Nak besar boleh, nak kecil pun tak kisah. Kemudian bolehlah dikukus lebih kurang dalam setengah jam atau 1 jam bergantung pada bekas yang korang guna. Kalau besar tu lambat sikit lah. So pastikan korang check elok-elok. Benda ni kalau da masak dia akan berwarna gelap dan kembang.


P/S: I memang selalu tolong mami I memasak, tapi I bukan lelaki lembut you.. Wekk!! Jangan salah faham okay. Hehe. Aku sangat tak setuju bila ada kawan perempuan kata pelik kalau lelaki memasak. Lelaki boleh je memasak, boleh je tolong kat dapur. Tak pelik, sebab no.1 chef kat Malaysia ni pun lelaki, kan? By the way, terima kasih kerana membaca.

You Might Also Like

2 comments