Drama Terbaru TV3 - Supermak (Nasha Aziz)

10:31:00 PM


   Slot Aksi TV3 Juvana dah pun sampai episod akhir dan hari ini diganti pula dengan drama terbaru iaitu Supermak yang dibintangi oleh Nasha Aziz sebagai Amy Salim. Dalam cerita ini, Amy adalah seorang ibu / emak kepada dua orang anak dan pada masa yang sama juga seorang supewoman. Dapatkah Amy menggunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk membenteras jenayah tanpa diketahui anak-anak dan suaminya, Rees (Azhan Rani)? Sama-samalah kita tonton drama terbaru ni sampai ke penghujungnya. Jom!



   Apa pun, tarikan Nasha Aziz sebagai watak utama dalam drama terbaru ni memang tak dapat dinafikan. Berdasarkan episod pertama pada hari ini, nampaknya memang senjata rahsia producer drama ni adalah kemunculan Nasha Aziz. Seperti biasa, Nasha Aziz dengan pembawaan watak yang manja-manja + childish + menggoda memang jadi tarikan terutamanya pada penonton-penonton lelaki. Bukan aku okay, aku ikhlas tengok sebab.....sebab....sebab nak sokong industri perfileman tanah air ni. Serius! Hehe, Tapi memang aku tak nafikan Nasha Aziz memang nampak menarik depan kamera. Apa pun, kita tunggu samada drama terbaru ni dapat menandingi rating drama Juvana yang ditayangkan di TV3 sebelum ni.

PROMO VIDEO SUPERMAK (1)


PROMO VIDEO SUPERMAK (2)

You Might Also Like

0 comments