Hi-Beam - Memang Kau Sorang Ada Lampu.

6:19:00 PM

   Maaf, ini bukan entri nasihat-menasihati mahupun ingat-mengingati sesama umat, ini entri maki-memaki tanpa perasaan malu dan segan. Aaaaarrrggghh... Aku marah ni, marah sangat-sangat. Aku rasa semua tau hi-beam / high beam atau dalam bahasa saintifiknya lampu tinggi / lampu besar ni memang ada kat semua benda yang bergelar kenderaan, tak kiralah motor ataupun kereta. Tapi korang tau tak ada insan-insan yang merasakan dia sorang yang ada lampu dan berbaik hati nak tunjuk hi-beam dia kat semua orang tanpa diundang.

Low Beam / High Beam
   Hi-Beam ni sepatutnya digunakan kat jalan yang betul-betul gelap dan bila lampu rendah tak mencukupi untuk beri pencahayaan yang sesuai masa memandu. Dan perkara yang paling penting untuk diingat bila menggunakan Hi-Beam ni ialah lampu dalam keadaan ni seriously sangat silau bila dilihat dari arah bertentangan. Jadi dah tentu-tentu wajib untuk korang tukar semula lampu korang ke low beam bila ada kenderaan lain dari arah bertentangan. Selain tu, Hi-Beam ni juga boleh mengganggu sekiranya ada kenderaan lain yang berada dalam jarak beberapa meter dihadapan korang. Sebabnya, side mirror dan back mirror kat kenderaan dorang akan reflects lampu korang dan buatkan dorang silau.

Camnilah orang bertentangan nampak bila korang gunakan Hi Beam
   Yang buat aku marah ialah, ada drivers yang tak tukar semula ke Low Beam bila aku lalu dari jalan bertentangan. Korang tau tak, perbuatan korang tu buatkan aku silau dan tak dapat tengok jalan kat depan / kereta korang? Nanti kalau aku dah terlanggar korang, marah lak. Benda ni bukan sekali dua, tapi hari-hari aku terpaksa hadapi. Sakit hati tu satu, tapi part buat bahaya tu yang penting!

   Ada masanya aku cuba berfikiran positif, mungkin korang lupa / tak sedar korang gunakan hi-beam. So, aku flash la sekali dua guna hi-beam sebagai isyarat. Tapi yang sakit hatinya, langsung tak ada respon. Kadang-kadang aku geram, aku bagi je high beam terus, pun tak jalan jugak. Dari 10 orang yang aku bagi signal, nak dapat 1 yang respon pun susah.

   Aku faham, dunia ni tak selalunya indah. Mungkin lampu korang ada problem dan tak boleh tukar ke low beam. Dah tu, kalau dah tau rosak, cepat-cepatlah betulkan. Kalau tak sempat, tak ada duit, korang lekat je salotape kat atas lampu korang tu, habis cerita!

   Kalau nak ikutkan marah, nak je aku pijak langgar rempuh laju-laju orang yang buat pasal ngan hi-beam ni. Kalau nak kata lupa, takkan lah sampai dah bagi isyarat punya la banyak korang tak sedar-sedar jugak? Korang khayal ke dalam kereta? Kalau sampai takat tu korang khayal, dah jangan bawak kereta lagi, entah-entah nanti langgar anak orang pun korang buat tak perasan je. Aku mintak pada korang yang selalu terlupa tentang hi-beam tu, tolonglah berhati-hati. Benda ni bukan je boleh buat orang nak bagi pelempang sakit hati, tapi membahayakan nyawa sendiri dan orang lain*kalau nyawa kau sendiri tak apa jugak*. Kalau korang betul-betul jenis yang pelupa, aku nasihatkan jangan pakai terus High-Beam tu, untuk kebaikan bersama. Sekian.

P/S: Siapa yang lalu kat depan aku pagi tadi dalam jam 6:45 A.M angkat tangan, aku nak bagi penangan. Geram-geram!

You Might Also Like

6 comments