Sebelum & Selepas - Tips Penjagaan Kulit Muka Paling LOL!

10:17:00 PM

   Siang tadi aku ada terbaca satu entri dari Yuyu Zulaikha mengenai tips  penjagaan muka. Kalau nak tengok, boleh klik sini. Aku rasa tak adil lah bagi readers lelaki kan, sebab diorang pun nak tau jugak. Ala, tak yah nak eksen la bro, aku tau korang nak jugak kan.. So, aku pun share lah tips ni untuk korang-korang semua. Harus diingat, hasilnya bukan dalam 1,2 tahun, jadi korang kene la banyak-banyak besabar ok?

   Jangan risau, sebab tips-tips ni terbukti secara klinikal. Buktinya, aku sekarang dah kacak cam Dr. Rozmey. So, korang tak yah la risau akan keberkesanannya. Dan maaf, tiada jaminan wang dikembalikan sebab aku tak jual apa-apa pun, aku bagi free je! Okay, ini antara tips-tips terbaik dari kebun sawit sebelah rumah sedara jiran aku:

  • JANGAN MINUM AIR - minum air 8 gelas sehari hanyalah propaganda yang diwar-warkan oleh pihak penjual air mineral seperti ECPI dan Bleu. Dikatakan juga mungkin mengandungi unsur-unsur Illuminati. Jadi untuk mengelakkan diri anda tercemar, jangan minum sebarang air terutama air-air berbayar.
  • JANGAN POTONG KUKU - kuku adalah diperlukan sebagai tempat pembiakan kultur hidup yang baik untuk muka anda. Dipercayai bakteria baik ini berupaya membuatkan anda awet muda. Tak percaya? Cuba tengok vampire, mesti kuku dorang panjang, sebab tu dorang hidup lama.
  • GARU MUKA DENGAN KUKU - haruslah dilakukan sekerap mungkin untuk menghilangkan segala kotoran dimuka anda tanpa was-was. Lakukan dengan sepantas dan sekuat mungkin untuk hasil yang lebih ketara.
  • JANGAN TUKAR SARUNG BANTAL - air liur basi ataupun orang kampung aku panggil saliva terbukti mengandungi Vitamin A, D, E dan K yang baik untuk kesihatan. Ha kau, bukan saliva burung layang-layang je ada khasiat, saliva kau pun boleh. Lebih basi saliva itu, lebih mujarab kesannya.
  • JANGAN AMIK SUPPLEMENT - Hampa-hampa yang badan-badan da terlebih sihat, cukup-cukup la tu. Nanti tak pasal-pasal selera terlebih banyak mati sebab obesiti lak. Baik hang sodokah duit tu kat faqir miskin.
  • BUAT CUCUKAN MANJA DIMATA - teknik larangan ini mempu menghilangkan segala najis-najis mata bersama-sama mata anda juga.
  • GUNA GEL RAMBUT - Brylcream atau Gatsby, pilihan anda. Sapukannya disekitar mata setiap hari untuk jelingan yang lebih menawan. Penggunaan tepat di biji mata adalah digalakkan sama sekali.
  • JANGAN CUCI MUKA - jimatkan lah penggunaan air. Bak kata iklan tv, setitik air umpama setitik peluh petani.

   Mudah bukan? Walaupun tiada orang yang tanya, aku tetap share tips-tips ini untuk korang. Aku tau ramai yang terpegun bila tengok kekacakan muka aku. Korang nak tanya apa rahsianya, tapi korang malu. Walaupun aku sedar korang tak kan mampu jadi semacho aku,  aku tetap percaya kecantikan adalah hak milik setiap insan. Jadi, korang gunakanlah tips ini sebaiknya.

   Ini adalah gambar aku sebelum dan selepas menggunakan ternik yang mengagumkan ni. Selepas 43 tahun aku mencuba, akhirnya berjaya. Jangan cemburu okay?

SEBELUM

SELEPAS

P/S: Amacam, terbaik tak tips aku? Sejuta maaf dan terima kasih kepada Yuyu Zulaikha kerana menjadi sumber inspirasi parody ini. Hehe.

Anda suka entri ini? Anda pasti suka suka yang ini:
RESEPI BURGER AYAM PALING LOL!

You Might Also Like

13 comments