Simbolik Pemberian Bunga Ros - Bilangan Dan Warna.
7:56:00 PMOh Seth Tan, mengapa aku tak sekaya kau? |
Ini kali pertama aku beli bunga ros. Haha, noob kan? Tak pernah-pernah beli, bila jumpa florist kat kedai tu je, menggigil jadinya. Sebab apa aku pun tak tahu.*apa jadah laki takut kat jurujual?*. Tapi best jugak, ada perasaan ala-ala Aeron Aziz dalam drama Nora Elena lak, haha*perasan lak aku ni*. Bukan aku tak pernah beli bunga-bungaan ni. Hakikatnya sepanjang hayat aku ni banyak kali je teman mak aku beli bunga*adik pempuan aku umor 2 taun, so aku la jadi anak dara buat masa ni, kih2*. Tapi bunga plastik la, tak pun bunga kertas..
Kalau sebut je bunga ros, aku rasa semua dah tahu apa simbolik umum dia. Benda ni cliché, tapi always success untuk amik hati gadis-gadis comel pujaan hati, kan? Girls jangan tak ngaku, karang takda laki nak beli bunga lagi untuk korang padan muka, hehe. Pe pun, sebenarnya ada simbolik bagi tiap-tiap bilangan dan warna bunga ros yang diberi tu. Aku tak tahu dari mana asalnya benda ni, mungkin jugak persetujuan persatuan pencinta-pencinta romantis hasil kerjasama dengan florist-florist sedunia kot*imaginasi melampau*.
Aku setuju part 1 dan 2 kuntum ros, tapi yang sampai 999 dan 1001 tu, mak ai, kalau bunga ros tanam sendiri boleh la kot. Hehe. Pe pun, jom tengok:
BILANGAN BUNGA ROS
(dalam English sebab bila translate Melayu erti dia tak berapa nak ngam, kalau kurang jelas guna je Google Translate, okay?)
1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.
2 Roses
Two of us deeply in love.
3 Roses
I love you.
6 Roses
I want to be yours.
9 Roses
Love each other eternally.
11 Roses
You are the one I love most in my life.
12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.
13 Roses
Secret admirer.
24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).
33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.
36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.
44 Roses
Constant unchangeable pledge.
50 Roses
This is "Regretless Love".
56 Roses
My love.
66 RosesSuccessful love affair.
99 Roses
Love with understanding makes love eternal.
100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.
101 Roses
No other love but you.
108 Roses
Please marry me!
111 Roses
Eternal love.
123 Roses
Free love.
144 Roses
Loving you day and night eternally.
365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.
999 Roses
Everlasting and eternal love.
1001 Roses
Faithful love, 'till forever
WARNA BUNGA ROS
Merah
Cinta setulus hati dan ingin bersama selamanya
Kuning
Mahu menjadi sahabat atau menunjukkan perasaan cemburu
Putih
Cinta sejati
Pink
Untuk cinta pertama idaman hati
Hitam*ada jugak tu!*
Hitam*ada jugak tu!*
Kematian
Ada gak variasi lain maksud warna-warna bunga ni, contohnya pink tu dibahagikan kepada deep pink dan light pink. Tapi secara general, ini lah basic yang diterima umum. So, kepada jejaka-jejaka kacak kat luar sana, boleh la decide berapa banyak korang nak bagi untuk booking melamar bakal isteri korang. Hehe.
Tips untuk spesis aku, lagi sweet kalau korang sertakan kad dalam ros tu. Jangan lupa beritahu apa simbolik bilangan / warna bunga tu, sebab ada gak pempuan yang tak tau. Buat-buat la surprise sikit, bagi nampak gempak. Contoh cam Seth Tan buat kan, letak ribu-ribu lemon bunga kat bonet kereta*alang-alang dah berabis duit kan*. Perempuan ni, asal korang tunjuk ikhlas, mesti dorang happy punya. Wa gelenti punya la!
SOURCE: Google Image, http://cintadearhaniey.wordpress.com, http://www.tentangcinta.com
3 comments