Terima Kasih Eqbal Zack!

5:03:00 AM

Nokia 2.0 MP, ampun..
   Dua hari lepas aku dapat sepucuk surat bersampul putih secara tak diduga. Pelik juga sebab memang jarang surat datang atas nama aku. Bila aku buka, surprise! Aku dapat kad raya lah! Hehe. Sangat excited sebab aku memang jarang dapat kad raya sejak beberapa tahun ni. Tertanya-tanya juga siapa lah yang baik hati hantar pada aku tahun ni. Bila buka dalam kad raya tu, tertulis:

SAFIAL EQBAL BIN ZAKARIA
Faculty of Medicine and Health Sciences
Universiti Putra Malaysia (UPM)

   Yup, dari Abang Eq, pemilik www.eqbalzack.com. Terima kasih Abg Eq, sangat terharu! Kalau korang nak tahu, Abg Eq buat benda ni surprise. Dia tak beritahu siapa dan bila dia akan hantar kad raya tu, tahu-tahu je dah sampai kat rumah. Abg Eq ni memang salah seorang blogger yang sangat generous. Kalau tak percaya, cuba check blog Abg Eq, korang akan dapati Abg Eq sangat kerap buat giveaway dan hadiah-hadiah yang diberi sememangnya awesome! Apa lagi, jomlah terjah Abg Eq beramai-ramai! ^_^

You Might Also Like

6 comments