Renovation Siap!

6:51:00 AM

   Finally, blog aku dah berubah wajah. Scheme warna biru + putih dan juga design yang sangat simple. I like simple because simple simply awesome! Cheewah, ye lah sangat. Apa pun, aku rasa appearance blog ni dah cukup elok buat aku. Tak gempak tak havoc tak apa, asal kena dengan jiwa aku. Hehe.

   Benda paling nyata adalah blog ni dah tak ada header langsung. Sebabnya? Aku malas nak pikir design header. Lagipun aku tak perlu susah-susah nak scroll jauh-jauh ke bawah semata-mata nak tengok entri. Aku kan pemalas. Haha. Pada bahagian tab, aku dah buat lebih kurang 9 standalone pages. Ini antara function setiap page tu:

  • Home: Memudahkan korang kembali ke pangkal jalan selepas navigate sana sini dalam blog aku.
  • Profile: Maklumat tentang diri aku. Ye lah, mana tau korang nak berkenalan. Perasan!
  • Diary: Aku tak nak letak personal entries aku dalam post blog ni lagi dah, sebab aku tau bukan semua suka nak baca. So, aku buat kat blog lain dan embed gunakan iframe untuk memudahkan korang yang nak tengok tanpa perlu navigate ke blog aku yang satu lagi. Jom usha!
  • Followers: Aku dah buat button followers special kat sidebar aku dan letakkan full list followers aku dalam page berasingan. Sebabnya widget followers adalah widget yang paling lambat nak load, so sangat tak praktikal kalau nak letak kat main page.
  • Facebook: Korang suka Facebook? Aku suka. Kalau korang nak contact aku dengan kadar segera / nak tanya anything, bolehlah komen kat ruangan chat Facebook ni.
  • Tutorial: Aku buat list segala tutorial yang ada dalam blog ni. Bukan tutorial untuk blog je, tapi anything yang aku nak. Mostly about komputer lah kot.
  • Bloglist: Setakat ni baru 4 blog yang aku letak. Pada korang-korang yang nak masuk bloglist aku, bolehlah tinggalkan link kat ruangan komen.
  • You Tube: Aku ada channel You Tube aku sendiri, tapi buat masa sekarang aku rarely letak video lagi. Mungkin bila aku dah ada kamera yang lebih baik, aku akan buat lebih banyak video untuk korang. Just wait and see, okay?
  • Disclaimers: Peraturan-peraturan dan akta-akta yang berkuatkuasa dalam blog aku.

   Selain dari perubahan yang aku dah sebutkan tu, ada gak minor changes lain yang aku dah buat. Contohnya lebar blog ni yang semakin bertambah, penggunaan Jquery Lazy Load, dan juga penambahan widget. Kalau korang ada idea penambahbaikan, sila lah bagi cadangan okay? By the way, thanks for reading everyone.

You Might Also Like

4 comments