Status 'Expert Author' di Ezinearticles.com!

5:47:00 AM

   Beberapa minggu yang lepas, aku ada submit dua artikel ke Ezinearticles.com untuk cuba nasib. Artikel pertama tak bernasib baik sebab tak melepasi standard yang diperlukan, tapi alhamdulillah artikel ke-2 telah diterima! Selain tu juga, secara automatiknya aku mendapat status 'Expert Author' di Ezinearticles.com. Ini adalah E-mail yang aku terima pagi tadi:


   Mungkin ini tak lah terlalu membanggakan, tapi cukuplah untuk menghiburkan hati aku arini. Hehe. Korang nak tau apa sebenarnya Ezinearticles.com ni? Sebenarnya Ezinearticles.com ni adalah website yang berpusat di United State untuk penulis-penulis seluruh dunia hantarkan artikel dorang supaya mudah untuk dilihat oleh pengguna internet seluruh dunia. Ia juga adalah tempat untuk mencari pelbagai artikel yang korang kehendaki mengenai sesuatu niche mengikut keperluan.

   Actually sesiapa pun boleh hantar artikel kat Ezinearticles.com ni, tapi artikel tersebut akan disemak oleh staff Ezinearticles.com sebelum disiarkan. Mana-mana artikel yang tak mengikut standard, akan direject. Ianya adalah pendedahan yang baik untuk korang mulakan karya penulisan berbahasa Inggeris korang sebab ada expert yang akan check kerja korang, dan artikel korang tu berkemungkinan untuk dibaca lebih ramai orang. Mengikut Alexa Ranking, Ezinearticle.com mendapat ranking ke 228 untuk Global Rank dan 205 untuk ranking di US. Reputasi pula adalah 40 571 yang mana adalah sangat membanggakan. So, apa lagi, jomlah beramai-ramai hantar artikel korang! Hehe.

 

You Might Also Like

2 comments