Advertlets Atau Nuffnang?

6:22:00 PM


   Dah lebih kurang 2 bulan ++ sejak aku kenal dengan dua company ni. Dan dah dua bulan juga aku cuba pelbagai trick untuk mengikis harta kedua-duanya, tapi gagal. Buat masa sekarang, aku cuba untuk setia dengan Nuffnang dan kekalkan status Gliterati supaya peluang untuk dapat BE lebih cerah. Advertlets aku tolak tepi buat sementara waktu.

   Tapi aku dalam dilema. Dalam tempoh 2 bulan ni, sebenarnya earning aku dari Nuffnang dan Adverlets adalah bersamaan ratio 1:10. Yup, Advertlets lebih bermurah hati pada aku sebanyak 10 kali ganda. Alasan yang menyebabkan aku tetap setia dengan Nuffnang buat masa sekarang walaupun aku sedar dengan ratio tu adalah disebabkan kebanyakan blogger ada pengalaman yang lebih baik bersama Nuffnang berbanding Adverlets.

   Dari cakap-cakap mulut rakan-rakan blogger, Advertlets ni ada masalah yang serius dengan pembayaran. Ada yang cakap lambat, dan ada juga yang cakap tak bayar terus. Nuffnang lak selalu disanjung-sanjung sebab bermurah hati dengan kebanyakan blogger.Dengar kata ada juga blogger yang dapat sampai RM5k dari Nuffnang ni, dan itu memang buat aku tak senang duduk.

   Entri Abg Ben Ashaari ni buat aku rasa nak kembali kat Advertlets, tapi entri dari Salwa Ismail ni buat aku rasa Nuffnang memang cool. So, aku berbelah bagi sekarang. Korang rasa apa yang patut aku buat? Hurm...........................................

You Might Also Like

15 comments