Status Keaslian Handphone; IMEI dan Zitron.

2:51:00 PM

   Aku rasa ramai yang dah tahu, so ini just reminder untuk diri aku sendiri, hehe. Sebabnya kalau aku save kat lappy ni, one day confirm aku padam. Kalau kat blog ni, selalunya memang selamat. Apa pun pada korang yang belum tahu lagi, bolehlah try. Ok?

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit korang
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
     Contoh : 358671017470473
     Kedudukan nombor ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


   Selain itu, aku juga nak berkongsi sedikit maklumat yang aku dapat dari pemilik kedai handphone sendiri. Aku dah survey banyak kedai, dan ini adalah conclusion yang aku dapat. Untuk mengelakkan dari tertipu semasa membeli handphone original Nokia (ZITRON), pastikan terdapat sticker ZITRON pada handphone, charger, bateri, earphone dan lain-lain aksesori yang korang dapat. Pastikan juga kod IMEI pada handphone dan kotak adalah serupa.

   Untuk pengetahuan korang juga, pada kebiasaannya warranty bag handphone Zitron adalah setahun, dan 6 bulan bagi charger. Sekiranya ada mana-mana kedai yang mengatakan skrin, bateri, dan keypad mempunyai tempoh warranty yang berasingan, kemungkinan handphone tersebut adalah AP dan mungkin juga tiruan. Sebagai contoh, 3 bulan untuk skrin dan 6  bulan untuk keypad dengan alasan handphone tersebut menggunakan teknologi yang sensitif blablabala.. Jadi, jangan malu-malu untuk check status handphone korang sebelum tertipu. Sekian.

Sumber:
Regarding IMEI: copy and pasted from Facebook
Others: Originally by me ;-)

You Might Also Like

2 comments