Pages

Resepi Burger Ayam Paling LOL!

   Dua hari lepas aku makan kat Mc' D & try GCB. Boleh tahan gak la. Then aku pergilah jumpa chef dia, nak tau apa resepinya. Dia kata benda tu secret, so tak boleh dedahkan sebab nanti Donald Duck marah. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia setuju nak bagi resepinya.

   Cara pembuatannya hampir sama je dengan burger lain. Kalau korang dah memang dasar tak reti masak tak yah la cuba okay? Buat bazir gas je. Haha.. Ye lah, aku ni tukang masak paling hebat kat Malaysia, so jangan salahkan aku lah kalau korang tak mampu nak buat macam aku. Jom!

  • AYAM - hanya gunakan ayam segar sahaja. Bolehlah diambil secara senyap dari reban ayam berdekatan ataupun gantikan sahaja dengan tabung ayam.
  • SOS - gunakan sirap ros sebagai pengganti sos cili untuk rasa yang lebih tulen dan bermutu. Jika sukakan mayonis boleh letakkan susu pekat F&N untuk lebih kenikmatan. 
  • MINYAK - goreng dengan menggunakan minyak wangi One Drop Perfume untuk meningkatkan aroma serta mengurangkan jumlah kolestrol di dalam masakan anda.
  • ROTI BIJAN - dikatakan roti yang telah tamat tempoh menjadi tempat pembiakan microorganisma seperti fungi dan sebagainya. Ianya penting untuk meningkatkan rasa dan mengekalkan kelembutan roti tersebut.
  • SAYUR-SAYURAN - harus diingat bahawa sayur-sayur yang dibeli dipasaraya tidak digalakkan kerana mengandungi racun serangga. Gunakanlah rumput segar yang boleh diambil disekitar rumah anda dan taman-taman berdekatan sebagai sayur. Sambil-sambil tu boleh la ambil serangga-serangga yang melekat kat sayur tu sebagai tanda tiada racun serangga.
   Ini adalah hasil dari resepi tersebut. Nampak sangat menyelerakan! Bolehlah dimakan bersama keluarga dan saudara-mara tanpa was-was.

GONJENG CHICKEN BURGER (GCB)

   Anda juga boleh mengubahsuai resepi tersebut mengikut selera anda. Antara resepi-resepi menarik yang aku telah hasilkan:

FAT CAT BURGER (FCB) 

INNOCENT CAT BURGER (ICB)

P/S: Ada yang nak cuba tak? Hehe.

Anda suka entri ini? Anda pasti suka suka yang ini:
TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA PALING LOL!

4 comments:

  1. terbaik lah .nanti alia try letak one drop dalam burgerrr ~ hahaaaaa

    ReplyDelete
  2. haha.. jangan lupe letak video alia makan bende tu ok?

    ReplyDelete
  3. ish, lum try mmg la geli.. sedap la.. serius. try laa.. hehe.

    ReplyDelete