Jangan risau, sebab tips-tips ni terbukti secara klinikal. Buktinya, aku sekarang dah kacak cam Dr. Rozmey. So, korang tak yah la risau akan keberkesanannya. Dan maaf, tiada jaminan wang dikembalikan sebab aku tak jual apa-apa pun, aku bagi free je! Okay, ini antara tips-tips terbaik dari kebun sawit sebelah rumah sedara jiran aku:
- JANGAN MINUM AIR - minum air 8 gelas sehari hanyalah propaganda yang diwar-warkan oleh pihak penjual air mineral seperti ECPI dan Bleu. Dikatakan juga mungkin mengandungi unsur-unsur Illuminati. Jadi untuk mengelakkan diri anda tercemar, jangan minum sebarang air terutama air-air berbayar.
- JANGAN POTONG KUKU - kuku adalah diperlukan sebagai tempat pembiakan kultur hidup yang baik untuk muka anda. Dipercayai bakteria baik ini berupaya membuatkan anda awet muda. Tak percaya? Cuba tengok vampire, mesti kuku dorang panjang, sebab tu dorang hidup lama.
- GARU MUKA DENGAN KUKU - haruslah dilakukan sekerap mungkin untuk menghilangkan segala kotoran dimuka anda tanpa was-was. Lakukan dengan sepantas dan sekuat mungkin untuk hasil yang lebih ketara.
- JANGAN TUKAR SARUNG BANTAL - air liur basi ataupun orang kampung aku panggil saliva terbukti mengandungi Vitamin A, D, E dan K yang baik untuk kesihatan. Ha kau, bukan saliva burung layang-layang je ada khasiat, saliva kau pun boleh. Lebih basi saliva itu, lebih mujarab kesannya.
- JANGAN AMIK SUPPLEMENT - Hampa-hampa yang badan-badan da terlebih sihat, cukup-cukup la tu. Nanti tak pasal-pasal selera terlebih banyak mati sebab obesiti lak. Baik hang sodokah duit tu kat faqir miskin.
- BUAT CUCUKAN MANJA DIMATA - teknik larangan ini mempu menghilangkan segala najis-najis mata bersama-sama mata anda juga.
- GUNA GEL RAMBUT - Brylcream atau Gatsby, pilihan anda. Sapukannya disekitar mata setiap hari untuk jelingan yang lebih menawan. Penggunaan tepat di biji mata adalah digalakkan sama sekali.
- JANGAN CUCI MUKA - jimatkan lah penggunaan air. Bak kata iklan tv, setitik air umpama setitik peluh petani.
Mudah bukan? Walaupun tiada orang yang tanya, aku tetap share tips-tips ini untuk korang. Aku tau ramai yang terpegun bila tengok kekacakan muka aku. Korang nak tanya apa rahsianya, tapi korang malu. Walaupun aku sedar korang tak kan mampu jadi semacho aku, aku tetap percaya kecantikan adalah hak milik setiap insan. Jadi, korang gunakanlah tips ini sebaiknya.
Ini adalah gambar aku sebelum dan selepas menggunakan ternik yang mengagumkan ni. Selepas 43 tahun aku mencuba, akhirnya berjaya. Jangan cemburu okay?
SEBELUM
SELEPAS
P/S: Amacam, terbaik tak tips aku? Sejuta maaf dan terima kasih kepada Yuyu Zulaikha kerana menjadi sumber inspirasi parody ini. Hehe.
Anda suka entri ini? Anda pasti suka suka yang ini:
RESEPI BURGER AYAM PALING LOL!
"dah kacam cam Dr Rozmey".
ReplyDeleteadoiiii terbaiklah entry ni ;)
Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
haha.. jejaka idaman tiap wanita kan? haha. thanks ^_^
ReplyDeletekakakakaka..best best
ReplyDeletetak minum air mati kering lar nash ooi~ ^^
ReplyDeletebukan takat takde jerawat, siap cirit birit lagi..haha
hahahha. giler lah! ade jugak yg buat kang. :P
ReplyDelete-follow you :)
haha.melampaunya muka selepas tu..hehe
ReplyDeletefollowed~
cikya- nak cantik kne la berkorban, haha
ReplyDeletewinna- kalau nak muke cam yg pic bawah tu, boleh ja..
syue- kacak kan? hehe
haha. merepek. tp enjoy la baca. kalau buat ni, sehari je, confirm muka dah macam ape lagi. :D
ReplyDeletehaha.. salwa nak tanak try ke? menjadi tu :p
ReplyDeleteasal mr.bean?? nape x joni lever ke lagi hensem kottt.. haha :P
ReplyDeletejoni lever tu terlalu awesome. tak sampai tahap lagi nak bagi tips utk dapat muke kacak camtu, hak2.
ReplyDeletehaha..kelakar gmbar sebelum dan selepas tu.heeeee
ReplyDeletegambar selepas tu kacak kan? hehe..
ReplyDelete