Pages

Blog Yang Tiada Faktor X?

   Ramadan tahun ni ada improvements berbanding sebelumnya. Aku tak tidur semula selepas sahur dan berjaya mengelakkan insiden tertinggal subuh sebab terlebih tidur. Tahniah pada diri aku, haha. Dan lebih bagus lagi sebab banyak tugas-tugas yang aku dapat settlekan + update blog di waktu subuh. Double tahniah. Cehh! Tapi bukan itu yang aku nak cakap sebenarnya. Tak ada kaitan langsung -_-"
FAKTOR-X?
   Tepat jam 8:00 pagi waktu Malaysia, blog ni dah mencecah 20 046 pageviews. Dan untuk semalam berjaya mencecah 2 365 pageviews. Alhamdulillah. Jumlah daily pageviews blog ni pada kebiasaanya cuma 300+/-, just pada sesetengah occasion akan ada peningkatan dan mampu mencapai 1000+/-. Err, tak, aku bukan nak cakap ramai yang jenguk blog ni, so blog ni bagus. Tapi sebaliknya. Aku nak cakap blog ni tak bagus, serius.

   Once a while aku suka juga blogwalking, sebab dari situ aku boleh tengok dan belajar tentang blogging ni dengan lebih lagi. Ye lah kan, masih baru kot, banyak lagi aku nak kena belajar. Tapi masalahnya, makin banyak aku blogwalking, masa sedih aku rasa. Sebab?

   Sebabnya, semakin banyak blog yang aku terjah, semakin aku rasa blog aku ni sangat-sangat low standard. Kenapa blogger seperti Ben Ashaari dan Yuyu Zulaikha banyak followers? Sebabnya, penulisan diorang menarik, entri diorang berkualiti. Ini bererti blog yang banyak followers basically adalah blog yang bagus. Dalam blogsphere ni, banyak blogger baru yang muncul. Ada diantaranya yang baru beberapa bulan buat blog, dah mencapai 3000++ followers. Hebat! Sebagai contoh, blog www.ceritamamat.com.

   Okay, aku ambil contoh yang suam sikit. Few days ni masa aku blogwalking, aku dapati rata-rata blog yang seusia blog aku kebanyakannya dah ada lebih kurang 300 followers, sedangkan pageviews under 10 000 dan ada juga yang baru 2000++. Cuba bandingkan dengan blog aku? To be honest, blog ni cuma ada 150 followers sahaja. Dahsyat kan? Ini bererti, from 20 000 hits on this blog, cuma 150 orang je yang rasa blog ni cukup interesting untuk diorang follow. Ini menunjukkan baki viewers yang datang dan baca entri aku merasakan blog ni masih banyak kekurangan dan tidak berbaloi untuk di follow.

   Nak merajuk je rasa, tapi tak guna. Haha. Aku dah cuba banyak tips dari blogger-blogger otai, join segmen, ping kat website, promote kat Facebook dan macam-macam lagi lah. Ada gak hasilnya sebab pageviews bertambah, tapi malangnya followers tidak. Sedih, sedih sangat-sangat. Rasa macam loser je. Sebab tu lah aku rasa blog ni tak ada faktor X atau pun specialty yang boleh tarik followes. Kalau korang baik hati, korang bagitau lah pada aku, apa kekurangan blog ni supaya aku boleh perbaiki. Sekian..

3 comments:

  1. eh blog nash ok je. serius. ini seriusss *bak kate ming ming dlm wonderpet :p

    ingattt. jumlah follower bukan pengukur bagos nye blog kite atau tidak.

    perasan tak kdk kdg follower ramai,tp takede pon yg singgah komen. haiya.

    dian pon kdg kdg ade leave link utk di follow. tp pageview sikit,follower bertambah. aik? nampak sgt dorang just copy link then add. tp tak tgok blog tadika tu. wuuuuuuuu. sedih T.T

    xpe.kite same same merangkak ye. blog nash best. mcm mcm info ade :))

    ReplyDelete
  2. rasanya nampak ok ...mungkin benar kurang tarikan ...rasanya penulisan harus ada sesuatu yang bagus utk buat mereka tertarik utk di baca...itu yg harus di tekankan..:)

    ReplyDelete
  3. dian - thanks dian.. bersemangat ni! hehe.. ye, kite same2 terus kan usaha ok? tak lah, mana ada blog dia tadika. kebanyakan issue yg dian tulis menarik untuk dibaca tau ^_^

    bigdaddyz - ye.. rasanya banyak lagi kene belajar untuk improve penulisan ni. kena banyak membaca lagi, hehe.. by the way, thanks sebab bagi pendapat :-)

    ReplyDelete