Pages

Nuffnang Glitterati Dan Happy-O-Meter

   Aku rasa dah jadi rutin bagi kebanyakan blogger + Nuffnangers untuk buka www.nuffnang.com.my tiap kali jenguk blog masing-masing. Buka dengan harapan ada BE, tapi biasanya tutup dengan keadaan masih mengharap juga. Sama jugak lah dengan aku, haha. Dalam tempoh beberapa bulan ni, pendapatan aku dari Nuffnang tak banyak, RM0.15 je. Tapi tak apa, sebab aku pun masih baru lagi.



   Pagi tadi bila aku buka website Nuffnang*macam biasa*, ada sesuatu yang menyeronokkan berlaku. Yeah, membership aku dah bertukar kepada Glitterati. Dah masuk lebih kurang 3 hari sejak aku tak lagi letak iklan dari Advertlets dan akhirnya Nuffnang bawa aku masuk kelab ekslusifnya ni, hehe. Basically status Glitteraly ni diberikan pada Nuffnangers yang setia pada Nuffnang dengan tidak mempamerkan mana-mana iklan dari saingannya, sebagai contoh, Advertlets. Antara benefits status Gliterati ni:
Payment Rate untuk Cost Per Unique dan Cost Per Click
Secara ringkasnya Glitterati menerima income 20-40% extra jika dibandingkan dengan ordinary membership

Pembayaran
Ahli Glitterati dibayar dalam tempoh 30 hari berbanding ahli biasa selama 60 hari.

Peluang untuk Advertorial
Hanya ahli Glitterati berpeluang untuk dapat advertorial, yang mana incomenya sangat tinggi jika dibandingkan dengan iklan biasa. Ianya bergantung kepada pengiklan, jumlah trafik dan komitmen

Community Events
70% daripadanya diperuntukkan kepada ahli ekslusif dan guest; selebihnya untuk ahli biasa. Banyak events yang diadakan seperti movies, perjumpaan bloggers dan macam-macamlah.

Contest
Ini memang seronok sebab banyak peraduan yang diadakan dan hadiahnya sangat lumayan.

Innit
Hanya ahli Glitterati je yang ada Innit. Korang boleh promote entri terbaru kat Innit ni untuk dapatkan trafik ke blog korang.

   Aku harap, dengan bertukarnya status Nuffnang ni, bertambahlah income aku pada masa akan datang, hehe. By the way, masa aku check akaun Nuffnang aku, aku perasan ada something new. Err, aku tak pasti sebenarnya, mungkin dah lama ada tapi aku yang tak perasan -_-"


   Then bila aku klik pada icon tu, keluar pula menu ini:


   Oh, widget rupanya. Aku baru sedar benda ni ada. Dan disebabkan aku happy arini, aku pun letaklah widget kepunyaan Nuffnang ni pada sidebar aku. Menarik jugak sebab scheme warna pada widget ni sesuai dengan blog aku, hehe. So pada korang yang suka letak-letak widget ni, boleh lah try, mana tau korang suka.

   Itu je lah buat masa ni. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan pada yang belum follow, sila lah klik butang follow kalau sudi. Sekian..

4 comments: