Pages

Salah Guna Facebook Event - Anda Bangga Bila Ramai Yang Klik 'Hadir'?



   Dalam hanya tempoh seminggu, berpuluh-puluh invitations untuk events yang aku dapat. Mari berpuasa, mari berterawih, mari solat, mari tidur, mari mari dan macam-macam lagi lah. Aku just nak tau, kalau aku respond I'M ATTENDING, maksudnya aku confirm buat lah ae? Tapi camana kalau aku tipu? Then, kalau aku respond NOT, maksudnya aku tak puasa, tak terawih, tak solat lah? Apa jadi kalau aku respond MAYBE atau tak respond lak, adakah maksudnya aku takut orang tau yang aku ni tak solat atau tak terawih? Camtu? Camtu ke?

   Aku bukanlah berniat nak menuding jari pada mana-mana pihak. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa makin ramai yang salah guna kemudahan yang ada. Facebook events invitation tu bertujuan untuk kita mengajak kawan-kawan Facebook kita untuk join sesuatu event yang kita anjurkan. Harus diingat bahawa Facebook events ni lebih kritikal berbanding News Feeds sebab apabila kita dah invite seseorang tu, dia akan menerima  notification untuk event tersebut. Notification tu lak takkan hilang dari side bar homepage Facebook dia selagi dia tak respond atau manually klik remove. Sebab tu lah Facebook event ni sangat efficien untuk kita invite rakan-rakan untuk sesuatu event. Contohnya bila digunakan untuk invitation gathering dan kenduri kahwin.*trend yang sangat popular sekarang*

   Tapi, ada individu yang terlalu 'kreatif' and all of sudden boleh mendapat idea 'kalau orang boleh buat invitation untuk event dia, kenapa lak aku tak boleh?'. Kemudian muncullah events seperti yang aku sebutkan tadi; Mari berpuasa lah, mari makan lah, mari bernafas lah, dan banyak lagi event yang entah apa-apa entah. Bro and sis, puasa, solat, terawih dan lain-lain perkara wajib tu memang kami dah sedia maklum bahawa mandatori untuk kami jalankan, jadi tak perlu lah bro and sis bersusah payah untuk buat event dan jemput segala mak nenek yang ada dalam friendlist tu untuk join, okay?

   Ada masanya aku cuba berfikiran positif, bersangka baik yang orang-orang ni sebenarnya berniat mulia untuk mengingatkan kita tentang perkara-perkara yang perlu kita lakukan. Lebih kurang nasihat lah ni. Tak pun nak ingatkan, bila waktu solat, bila tarikh puasa, masa bila terawih ni ada, dan macam-macam lagi lah. Tapi bila dah sampai berpuluh-puluh invitation camtu dalam Facebook, siapa yang tak rasa bengang? Bayangkanlah, dalam lebih kurang 500 orang dalam friendlist aku, 10 orang buat event. Tu friendlist, camane lak group? Ada lebih kurang 10 group yang aku join, dan kalau dalam setiap group tu 10 orang jugak buat event, ape cerita? Tu tak masuk lagi event yang orang lain buat tapi orang lain yang invite aku. Sebab tu lah sampai berpuluh-puluh events invitations yang aku dapat dalam seminggu, dan benda ni memang memeningkan kepala.

   Okay, ada yang akan kata 'Kecoh la kau, ignore je lah benda tu kalau tak nak join!'. Fine, ignore je. Bila dah sampai 50 invitations, siapa pun malas nak tengok lagi kan? Tapi, camana kalau dalam 50 invitations tu, 2 adalah invitations yang betul-betul penting untuk aku? Sebagai contoh, beberapa minggu lepas ada kenduri kahwin classmate aku dan dia terpaksa invite kawan-kawan guna Facebook sebab terlalu ramai. Dan satu lagi invitation untuk gathering ex-students matriks aku yang jumlah pesertanya hampir 1000 orang. Of course la dia takkan call sorang-sorang untuk confirmkan hadir atau tak, so disebabkan events yang merapu-meraban tu, aku ignore semua invitation dan terlepas events yang sangat penting dalam hidup aku. You see my point?

   Jadi kesimpulannya kat sini, gunakanlah kemudahan yang ada secara berkhemah. Sebelum buat sesuatu, fikir dulu implikasinya pada orang lain. Mungkin pada kita benda tu adalah kecil, tapi boleh bawa 1001 perubahan pada hidup orang lain.


P/S: Bahagian II click sini ^_^

6 comments:

  1. hahaha aku suka gile2 dengan entri ni.. nanti petang sikit aku nak bidas jugak la event di Facebook.

    ReplyDelete
  2. haha.. thanks! jom bidas ramai2. isu panas ni, hehe.

    ReplyDelete
  3. dari dulu lagi, mmg ignore je event yg diposkan kat facebook.
    terlalu byk, smpai tak tahu mana yg betul2 penting.

    tp btul, solat terawih, puasa tu dah mmg wajib. yg tu invitation dr Allah yg mmg diwajibkan... tak payahlah nak dimasukkan dlm event....

    penyalahgunaan facebook.....hmmm

    ReplyDelete
  4. Yazid - betul2. suka part 'invitation dari Allah'. Benda yang memang wajib kan, kalau dah Islam tu memang terang-terang dah tahu..

    ReplyDelete
  5. entry yang sangat bernas !

    ReplyDelete