Pages

Penggunaan 'Aku' Dalam Blog - Bukan Semua 'Aku' Adalah Kasar.

   Percaya atau tak, penggunaan ganti diri 'aku' dalam blog masih lagi isu yang panas. Ada ramai bloggers yang ditegur sebab penggunaan 'aku' dalam penulisan dorang kerana sesetengah readers merasakan penggunaan ganti diri tersebut adalah kasar, kurang ajar dan tidak mesra. Tapi, betul ke camtu? Aku tertarik nak buat entri ni sebab dalam few days ni aku perasan 2,3 blogger dah bertukar dari 'aku' kepada 'saya' selepas ditegur blogger lain. Antaranya termasuklah blog Salwa Ismail.

   Kalau kita perhati, penggunaan 'aku' kat blog masih lagi meluas, terutamanya di dalam blog-blog personal. Termasuklah aku juga. Alasannya, bila kita menulis dengan menggunakaan 'aku', lebih mudah untuk dapatkan feel dan atmosphere yang sesuai untuk readers. Ye lah, cuba bandingkan antara Kisah Duka Aku dan Kisah Duka Saya, mana yang korang rasa lebih menarik? Tentulah yang pertama, kan? Jadi, tak semestinya bila kita guna 'aku' tu kasar. Selain tu, cuba tengok:

Adakah penggunaan aku-engkau ketika berdoa adalah biadap?

   Antara kanan dan kiri, sebenarnya yang mana kita lebih kerap lakukan? Aku percaya hampir semua dari kita buat macam budak adik yang kat kiri tu, kan? Ada masanya bila gunakan ganti nama 'aku' lebih mudah untuk tunjukkan keikhlasan kita sebab kita bercakap betul-betul dari dalam hati. Korang mesti pernah bercakap dalam hati, kan? Adakah korang bahasakan diri 'saya', atau 'awak'? Sekali lagi, penggunaan 'aku' tidak semestinya berniat kurang ajar.

   Selain tu, tujuan lain penggunaan 'aku' adalah untuk menunjukkan sikap mesra. Well, kalau korang fikir semula, ganti diri apa korang guna bila bercakap dengan kawan rapat, dan ganti diri apa pula korang guna bila bercakap dengan strangers? Kebanyakan blog peribadi adalah untuk perkongsian kisah hidup dengan kenalan dan juga orang yang interested nak tahu kisah kita, jadi penyampaian tu lebih berkesan dan selesa kalau guna ganti nama yang lebih santai.

   TAPI, bukan semua boleh guna 'aku'. Ada masanya bila kita menulis dalam blog menggunakan 'aku' sememangnya dianggap kasar. Korang kena perhati keadaan, adakah sesuai korang guna ganti diri 'aku' atau lebih perlu untuk korang guna 'saya'. Antara perkara yang korang perlu aware:

  • TARGET READERS - kalau readers yang hampir sebaya dan mengenali blog korang dengan baik, tak ada masalah. Tapi kalau lebih ramai stranger readers dan orang lebih tua, lebih baik gunakan 'saya'.
  • JENIS PENULISAN - tidak menjadi masalah untuk menggunakan 'aku' jika blog anda adalah blog personal, tapi kurang sesuai kalau  jenis ilmiah dan sebagainya.
  • KARAKTER - kalau korang jenis yang ala-ala kiut cam Yuyu Zulaikha, penggunaan 'aku' sangat tidak sesuai sebab boleh merosakkan atmosphere penulisan korang.
 
   Perkara ni sebenarnya agak subjektif. Bagi mereka yang dah biasa dengan penggunaan 'aku' dengan kawan-kawan dan masyarakat, benda ni sikit pun tak jadi masalah. Tapi bagi mereka yang tak biasa atau pun memang dididik supaya tidak menggunakan ganti diri tu, lain ceritanya.

   Walaubagaimanapun, the wise thing to do ialah perhati dengan siapa korang berkomunikasi. Adakah orang yang lebih tua, berpangkat, ada authoriti dan sebagainya. Perkara ni memainkan peranan penting dalam social skills korang, so haruslah berfikir dengan baik sebelum korang buat sebarang keputusan. Selamat malam semua.

26 comments:

  1. betol tu. lagipun lebih selesa gunakan aku.

    ReplyDelete
  2. betul kan? thanks sebab singgah ^_^

    ReplyDelete
  3. dah biasa guna aku sebab rasa lg feel & mesra.
    # thanks untuk backlink.
    :)

    ReplyDelete
  4. bila guna 'aku' rasa lebih rapat. tapi kalau guna 'saya' pula macam skema dan formal.

    ReplyDelete
  5. betul2,dah biase mmg rase lg feel. hehe.. no problem ^_^

    ReplyDelete
  6. Cik Y - yup, rase skema sgt. sampaikan kdang2 bile menaip dah jadi cam buat karangan untuk exam lak.

    ReplyDelete
  7. kadangkala AKU itu friendly..
    tp kalau ayat marah... aku tu macam GENGSTER hahaha

    ReplyDelete
  8. haha.. betul tu.. kene tengok jgk la, 'aku' tu digunakan dalam konteks ape kan.. hehe.

    ReplyDelete
  9. dulu2 masa awal2 tulis mmg tulis saya..lama2 rasa mcm eh..skemanye diri sndiri tulis saya kan..so bertukar ke aku pulak..haha..tp dlm blog jela tulis aku..sbb lagi feel menulis..kalau jawab org lain punya pertanyaan, harusla tulis saya..aku-aku ni ckp dgn membe2 baik boleh la..heee

    ReplyDelete
  10. betul2, sgt setuju. ade tempat boleh aku, ade tempat perlu saya. just kene carefull la ngan sape kite berhubung kan? thanks reading ^_^

    ReplyDelete
  11. dulu pun masa mula2.. shera guna ayat aku dalam blog.. tp dh kena tegur.. shera gunakan name sendiri tok berhubung.. >.<"

    ReplyDelete
  12. nama sendiri alternatif yg bagus untuk gantikan aku. tak terlalu formal cam saya, tak juga ditegur cam aku. hehe. bagus2.

    ReplyDelete
  13. 'aku' nampak lebih friendly n menjadi kan blog tu lebih santai..

    ReplyDelete
  14. lepas ni aku nak panggil diri sendiri punya nama lah lepas ni, kan nasha..haha

    ReplyDelete
  15. Alice Alissa - yup, setuju ^_^
    Anis - boleh je, no problem. sesetengah orang boleh selese bahasakan diri dengan nama, sesetengah orang lak cam xleh. terutama lelaki. cam aku lah. hehe. perempuan cam mmg slalu camtu, so xde hal..

    ReplyDelete
  16. btul2..sokong2.. xsmsti yer guna aku tu mksd yer x de adab..kn3..it depends jgk kt mne kita gunakan..

    ReplyDelete
  17. betul tu. tak de masalah pun kalau kita tahu nak gunakan dengan betul. thanks singgah.

    ReplyDelete
  18. Lia dulu guna aku juga, lepas tu guna jelah Lia.
    senang orang nak panggil dan cam.
    betul ke??

    ReplyDelete
  19. lia - betul juga. ada orang selesa bahasakan diri guna nama, jadi takda masalah. tapi ada juga yang rasa janggal bila bahasakan diri dengan nama sendiri. biasanya lelaki yang nama yg ganas2 la, hehe..

    ReplyDelete
  20. honestly la kan. dian lebih suke gunekan aku bile berblog. sebab rase lebih senang bercerita. sbb kalau dgn bestfren pon mmg gune aku and rase lebih dekat. hehe. tp bile komen di blog org kdg kdg depend on people tu la. ade yg dian panggil dgn name such nash :p

    then ade yg ckp aku kau. dgn blogger perempuan sy awk. but its totally depend on that people or depend on what they started callin me.

    rasenye ok je berblog gunekan aku. tak kurang ajar pon. laen la kalo org tu update blog camni.'aku arini mmg panas betol la!aku kene tumbuk dgn nash!. ha. yg tu rasenye mmg kurang ajar kot jika dilihat dari care penulisannye .

    hee. rase tak selesa bace blog org tu tekan je pangkah kt ats. mate tak sakit hati tak sakit :p kan kan? kn nash cakap kite berblog dgn ape yg kite selesa. kn? takkan nk satisfy others and being fake kot.

    okey da panjang sgt ni bebel =.='

    ReplyDelete
  21. haha, komen yang paling panjang setakat ni! hebat dian! hehe..

    nash pun selesa gunakan aku mase tulis entri, sbb lg senang nak sampaikan ape yg dalam minda tu. tp sama juga cam dian, dalam komen tak semestinya guna aku, bergantung pada siapa nash communicate. ada yg nash guna nama, sy awk, dan macam2 lagi lah.. rasanya camtu lebih baik kan?

    haha, kalau "aku arini mmg panas betol la!aku kene tumbuk dgn nash!" tu tak kurang ja sangat, tapi kalau "aku nak tumbuk nash" tu sangat2 kurang ajr. hik2 :p

    apa pun, yg penting gunakan identiti sendiri dalam penulisan. kalau semua blogger kat malaysia ni guna saya-awak, boan lah, xada variety kan? hehe..

    ok, da panjang sangat reply -_-" haha..

    ReplyDelete
  22. haha. tetibe tergelak bace nash reply. haha;p


    rasenye tak nak la tumbuk nash. sape nk update info baru nanti/ kui kui :p



    http://theotherkhairul.blogspot.com/
    cube tgok blog ni,wan suggestkan. best gilerrrr :DD

    byk pasal cintan cintun. heeee :p

    ReplyDelete
  23. haha, naseb bek :p

    blog tu memang best pun. nash dah follow ^_^ thanks ya.. hehe..

    ReplyDelete
  24. Dgn tuhan pun bahasakn diri kau aku.

    ReplyDelete
  25. Tak boleh samakan Tuhan dengan manusia. Tuhan itu bukan manusia. Apakah kamu suka anak2 kecil menggunakan aku kau dengan orang tua?

    ReplyDelete