Pages

Jom Solat Jumaat!


Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya."
Sumber: JAKIM

   Aku rasa boleh kata semua lelaki Muslim kat Malaysia ni dah tau tentang hadis ni. Salah satu hadis yang paling kerap kita dengar, sebab hampir tiap minggu confirm keluar kat TV3. Hadis ni menyatakan kewajiban menunaikan solat Jumaat. Peringatan yang berat dari Rasulullah s.a.w yang mana Allah mengancam untuk menutup hati orang-orang yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.

   By the way, sebenarnya aku nak kongsi sikit tentang satu benda. Ada satu penyakit tentang solat Jumaat ni, dan penyakit ni berkait rapat ngan hadis kat atas ni. Mentang-mentanglah hadis tu sebut 3 kali, ada lak spesis-spesis yang ingat kalau tinggal dua kali tu takpe. Dua minggu berturut tinggal, minggu ke-3 solat. Pastu minggu depan tinggal lagi. Aduh, camanalah boleh datang idea tu. Ya, memanglah hadis tu sebut 3 kali. Tapi bukan maksudnya kalau tinggal sekali atau dua kali tu tak dosa. Dosa tetap dosa bro. Janganlah dibuat benda-benda yang bukan-bukan camtu ya. Pelik benar aku tengok. 

   Dan satu lagi, kalau pun ada yang tak pergi solat Jumaat, janganlah tunjuk sangat. Tak pergi, buat cara tak pergi. Duduk diam-diam dalam rumah, dan bukannya berkeliaran kat tengah-tengah jalan atau lepak-lepak kat luar rumah. Buruk benar aku tengok. Aku ni pun takde lah baik sangat, tapi kalau dah buat jahat tu janganlah buat seolah-olah kita bangga lak.

   Jom jejaka-jejaka kacak sekalian, bersiaplah kita se-handsome mungkin, persis seorang jagoan Melayu terakhir. Kita sama-sama bersedia untuk berjuang melawan penyakit mengantuk semasa khutbah nanti. Hehe. Salam Jumaat.

No comments:

Post a Comment