- 6:19:00 PM
- 6 Comments
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya."
Sumber: JAKIM
Aku rasa boleh kata semua lelaki Muslim kat Malaysia ni dah tau tentang hadis ni. Salah satu hadis yang paling kerap kita dengar, sebab hampir tiap minggu confirm keluar kat TV3. Hadis ni menyatakan kewajiban menunaikan solat Jumaat. Peringatan yang berat dari Rasulullah s.a.w yang mana Allah mengancam untuk menutup hati orang-orang yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.
By the way, sebenarnya aku nak kongsi sikit tentang satu benda. Ada satu penyakit tentang solat Jumaat ni, dan penyakit ni berkait rapat ngan hadis kat atas ni. Mentang-mentanglah hadis tu sebut 3 kali, ada lak spesis-spesis yang ingat kalau tinggal dua kali tu takpe. Dua minggu berturut tinggal, minggu ke-3 solat. Pastu minggu depan tinggal lagi. Aduh, camanalah boleh datang idea tu. Ya, memanglah hadis tu sebut 3 kali. Tapi bukan maksudnya kalau tinggal sekali atau dua kali tu tak dosa. Dosa tetap dosa bro. Janganlah dibuat benda-benda yang bukan-bukan camtu ya. Pelik benar aku tengok.
Dan satu lagi, kalau pun ada yang tak pergi solat Jumaat, janganlah tunjuk sangat. Tak pergi, buat cara tak pergi. Duduk diam-diam dalam rumah, dan bukannya berkeliaran kat tengah-tengah jalan atau lepak-lepak kat luar rumah. Buruk benar aku tengok. Aku ni pun takde lah baik sangat, tapi kalau dah buat jahat tu janganlah buat seolah-olah kita bangga lak.
Jom jejaka-jejaka kacak sekalian, bersiaplah kita se-handsome mungkin, persis seorang jagoan Melayu terakhir. Kita sama-sama bersedia untuk berjuang melawan penyakit mengantuk semasa khutbah nanti. Hehe. Salam Jumaat.
- 12:24:00 PM
- 0 Comments
Fuh! Menjengkelkan tu.. Tak pernah-pernah guna ayat skema camtu, haha.. Tapi serius geram, sakit hati bercampur marah. Hopefully korang-korang yang dah ada lesen & juga yang tak ada lesen tapi curi-curi bawa kereta parents korang supaya tak buat apa yang orang ni buat.
Apa yang jadi sebenarnya.? Camni, aritu aku sekeluarga pergi ke minimarket.. Biasalah, nak beli barang-barang dapur kan.. Masa tu parking agak sesak, tapi dapat lah jugak parking, sebab masa tu bawa kereta kancil je, so senang nak gerak. Disebabkan ramai sangat orang, parents aku segerakan beli semua keperluan supaya orang lain lak boleh parking tempat tu. Tapi yang geramnya, sampai je kat tempat parking tu, de lak sebuah kereta kat belakang kereta kitorang. Apahal?! Da la kanan kiri pack ngan kereta, tiba-tiba lak ada mamat mana tah parking kat satu-satu jalannya kuar. Ni keretanya:
Kalau 2,3 minit tu tak apalah, boleh consider lagi. Ni lebih setengah jam kitorang tunggu. Agak-agak la brader kalau nak samseng pun.. Dalam hati dah sumpah seranah tak henti.. Nak je akulempang, sepak, terajang marah mamat tu. Dengan cuaca yang panas, adik aku lak buat hal, memang tak boleh nak tahan hati ni..
Pas hampir sejam tunggu, tiba-tiba pemilik kereta tu sampai. Ya Allah, orang tu la kot! Bukan je mak cik, pangkat nenek pun dah boleh gaknya. Mak cik, kalau nak parking tu, parking la elok-elok. Tau la kereta husband tu besar, tapi jangan lah melampau sangat. Sebab tak nak jadi kurang ajar, aku pun tak jadi marah, tapi mengucap ja.. Astagfirullah..
Kesimpulannya kalau korang bawa kereta, blaja-blaja lah parking dengan betul ya. Jangan menyusahkan orang lain dengan sikap ignorant korang. As Salam.
Apa yang jadi sebenarnya.? Camni, aritu aku sekeluarga pergi ke minimarket.. Biasalah, nak beli barang-barang dapur kan.. Masa tu parking agak sesak, tapi dapat lah jugak parking, sebab masa tu bawa kereta kancil je, so senang nak gerak. Disebabkan ramai sangat orang, parents aku segerakan beli semua keperluan supaya orang lain lak boleh parking tempat tu. Tapi yang geramnya, sampai je kat tempat parking tu, de lak sebuah kereta kat belakang kereta kitorang. Apahal?! Da la kanan kiri pack ngan kereta, tiba-tiba lak ada mamat mana tah parking kat satu-satu jalannya kuar. Ni keretanya:
Kalau 2,3 minit tu tak apalah, boleh consider lagi. Ni lebih setengah jam kitorang tunggu. Agak-agak la brader kalau nak samseng pun.. Dalam hati dah sumpah seranah tak henti.. Nak je aku
Pas hampir sejam tunggu, tiba-tiba pemilik kereta tu sampai. Ya Allah, orang tu la kot! Bukan je mak cik, pangkat nenek pun dah boleh gaknya. Mak cik, kalau nak parking tu, parking la elok-elok. Tau la kereta husband tu besar, tapi jangan lah melampau sangat. Sebab tak nak jadi kurang ajar, aku pun tak jadi marah, tapi mengucap ja.. Astagfirullah..
Kesimpulannya kalau korang bawa kereta, blaja-blaja lah parking dengan betul ya. Jangan menyusahkan orang lain dengan sikap ignorant korang. As Salam.
- 2:31:00 PM
- 2 Comments
Sangat jarang aku keluarkan entri berbahasa Melayu kan.. Hurm.., kalau fikir balik, tak pernah sebenarnya. Haha.. Tapi kenapa harini aku buat? Bak kata orang tua-tua, kalau nak memaki hamun, elok guna bahasa sendiri, baru sentap tu terasa lebih sikit. Ye tak? Ye kot.. Hehe. Sebarang makian, hinaaan, cacian & celaan aku pada harini ditujukan kepada beberapa golongan. Aku mengharapkan agar mereka-mereka yang termasuk dalam golongan yang dimaksudkan ni diberikan hidayah agar terbaca entri 'special' aku ni. Haha.
- 11:22:00 AM
- 3 Comments


